Betul kata mereka...


Betul kata mereka,
Manusia sememangnya tamak,
Bagi betis nak paha,
Kalau boleh nak jadi paling hebat dalam dunia.

Betul kata mereka,
Bila peluang terbentang meluas,
Banyak pula halangan mendatang.

Betul kata mereka,
Apa yang dirancang tidak semestinya menjadi,
kerana Dialah yang menentukan.

Betul kata mereka,
Bila rezeki mencurah,
Manusia lupa diri, lalai dengan kesenangan.
Bila ditimpa kesusahan,
Barulah berpaling kepada tuhan.

Dan betul kata mereka,
Rezeki ada dimana-mana,
Cuma kita sahaja tidak cukup usaha untuk mencarinya.

Comments

Popular Posts